Wednesday, October 27, 2010

'Paul Si Sotong Peramal' Telah Disahkan Mati


Sotong Paul atau gelarannya Paul The Octopus yang menjadi perhatian semasa pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan kerana ketepatan’nya meramal keputusan-keputusan perlawanan penting telah disahkan mati pada pagi tadi (Selasa – 26 Oktober 2010)
Kematian Paul disahkan oleh Sea Life Aquarium, Jerman iaitu pusat akuarium yang membela Paul. Paul yang berumur 2 tahun setengah dijumpai mati di dalam tangki tempat dia disimpan. Kematiannya tiada kaitan sama ada gorang- menggoreng tapi dia mati disebabkan penyakit biasa pada sotong dan bukanlah satu yang pelik sotong mati pada umur yang pendek kerana jangka hayat sotong kurita hanyalah dalam lingkungan 2 tahun.
Mungkinkah akan ada sotong lain yang akan mengantikan tempatnya pada World Cup 2014 nanti? Sama-sama kita nantikan. Hee.. Tapi yang pasti, kesemua tekaan tepat Paul semasa World Cup lepas adalah kebetulan sahaja. Tak boleh nak percaya benda karut, khurafat, Allah s.w.t lebih mengetahui.


*Confirm ke tidak, tunggu je paper nanti yeah  :)

2 comments: