Friday, October 22, 2010

Aku Baru Jer Selamatkan si 'Minah' ni Daripada Kena Rogol

Tengok tajuk pun da tau kan aku nak citer ape huhu. Kire petang-petang cam ni aku jadi hero r kerana telah menyelamatkan si 'Minah' daripada kena rogol.  Betul r, aku xtipu........




Citer nyer cenggini, dikala aku pulang ke rumah sewa aku dengan keadaan tergesa-gesa coz ujan dah semakin lebat, tetiba aku ternampak la si 'Minah' ni dikejar oleh 'Si Jantan' yg berbadan lebih besar lebih kurang 2 kali badan si 'Minah'. Aku yg kebetulan tgh parking moto kat porch aku pun tengok jer r dalam keadaan terpinga-pinga. Xtau kan ape yg berlaku. Si 'Minah' ni pun satu, dok lari-lari tetiba masuk plak kat umah aku, (kan banyak lg umah kat sini kan) aku berkate dalam hati. Si 'Jantan'  tu pun dengan selamber 'gadak' masuk ke rumah aku (kat porch r), terkam si 'Minah' dan cube merogol si 'Minah'. Giler ke ape? depan aku beb, rumah aku beb, porch aku beb, menyirap aku satu badan. Agak-agak r, si 'Jantan' ni cube melakukan adegan 'rogol-merogol' kat umah aku, aku xnak umah aku jd 'crime scene'. Kalau CSI datang mau nyer aku tergagap nak jawab soalan (bukan gelabah jd saksi, gelabah dapat jumpe artis cam Grissom tu hahaha).




Sambung balik, aku pun pun menengking si 'Jantan' yg bewarna gelap tu dengan kuat "Weh! ape ko buat ni?", si 'Jantan' x melarikan diri sebaliknya menjeling aku dengan muke yg tengah marah coz aku mengganggu die wat projek (of coz r xlari, tgh syok melayan 'nafsu binatang' dier tu). Aku pun bertambah-tambah r panas, terus jer aku berlari ke arah dorang sambil memaki "Kurang ajo punya binatang, nak kena ko ngan aku ni". Bile aku kejar, lari plak si 'Jantan' ni, td poyo, (hah tau takut) aku berkate dalam hati. Aku pun xrkejar dier dlm ujan-ujan ni, buang mase jer. Aku pun pergi r tengok keadaan si' Minah' ni, muke dia masih lg ketakutan dan mengigil. Aku rase kesian jugak kat 'Minah' ni, badan r kecik jer, nyaris-nyaris di'ratah' oleh si 'Jantan' yg xberhati perut td. Tp bile aku tgk si 'Minah' ni dr atas ke bawah, bawah ke atas, cun jugak minah ni patut r si 'Jantan' td sanggup bertindak cam 'binatang'. Kucing mane nak tolak ikan kan huhu. Comel dan cantik cam ni....... hohoho

 Cute

Pretty 


Tetiba si 'Minah' berlari menyorok belakang moto aku, aku pun 'kaget' sekejap, aku bertanya "apehal?". Rupa- rupanya si 'Jantan' td masih berada di tepi kereta housemate aku. Aku yg tgh benggang ni ternampak botol, lalu aku ambik dan terus baling ke si binatang tu. Pang! nasib baik xkene, kalo x nanti aku yg kene anta dier gi hospital kan :p  Die pun lari lintang pukang bile aku baling dan terus hilang dr pandangan aku.So, aku pun bergerak masuk ke dalam umah sambil memandang ke arah si 'Minah' sambil berkata "Da selamat da sekarang, kau boleh pergi" (dengan gaya Hero yg macho dan bergaya, nasib bukan gaya Sivaji The Boss huhu). Tetiba berlaku kejadian yg mengejutkan aku, si 'Minah' tetiba menjadi tersangat-sangat hepi dan mula 'mengediks'. Aku menjadi tersangat terkejut. 




Oleh kerana malas aku nak layan, cam gile jer, aku pun bukak pintu dan nak masuk umah. Tetiba si 'Minah' ni pun cube ikut masuk skali, aku terkejut lalu menolaknya keluar sambil berkata "Pergi, kan aku cakap pergi, pergi ah, xpaham-paham bahase ke?". Si 'Minah' dangan muke selambe sambil terkinja-kinja buat xtau jer ngan teguran aku. Aku memang malas nak layan orang yg xpaham bahase ni, so aku wat xtau jer dan masuk ke dalam umah, Sebelum aku menutup pintu aku pun bg satu warning kat si 'Minah'  "Dah, jangan ko nak tergedik-gedik kat sini pi main jauh-jauh" "Satu lagi, kalau besok aku 'terjumpa' taik ko kat selipar aku atau kat porch aku..... nahas ko" "Ingat tu". Bang! aku trus menutup pintu umah. Sekian saje cerita aku hehehe


2 comments: