Thursday, October 28, 2010

Jom Tengok Cerita 'Crayon'


Filem:
Crayon

Genre:
Keluarga

Pengarah:
Dean A. Burhanuddin

Pelakon:
Adibah Noor, Hon Kahoe, Faisal Abdullah, Joshry Adamme dan lain - lain.

Tarikh Tayangan:
11 November 2010

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Adam dan Rafaat yang merupakan pelajar dari sebuah universiti di Singapura yang menghabiskan masa percutian semester mereka dengan melibatkan diri dalam kerja sosial sebagai sukarelawan di rumah anak yatim di Malaysia. Di rumah anak yatim itu, mereka berjumpa dengan Mak Engku dan Afiq serta menyelami kehidupan anak yatim di sana. Salah seorang penghuni anak yatim yang mereka temui di sana, Afiq seorang kanak  - kanak yang amat aktif dan mudah disayangi walaupun nakal. Tingkah laku Afiq telah membuka mata mereka berdua untuk menghargai kehidupan ini. 
Pada waktu yang sama juga mereka melihat dengan mata sendiri kesusahan yang ditempuhi oleh setiap penghuni di rumah anak yatim itu. Konflik mula berlaku apabila pemaju tanah ingin mengambil hak milik tanah dimana rumah anak yatim itu didirikan untuk keuntungan mereka. Disinilah persahabatan antara Adam dan Rafaat akan diuji. Dapatkah mereka mengatasi halangan ini atau sebaliknya? Sama - Sama kita menonton nanti!

-Credits to Hans


Trailer: 



*Nampak cam menarik cerita ni

No comments:

Post a Comment