Friday, October 15, 2010

Ketam oh Ketam .........



Kisah ini mengenai sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Pada suatu malam, si isteri mengidam sangat nak makan ketam yang segar. Jadi, si suami pun tidur awal untuk bersiap sedia ke pasar selepas subuh menjelma. Pagi esoknya si suami pun cepat - cepat ke pasar dan menuju ke tempat makanan laut. Dia terlihat seorang tauke cina sedang menjual ketam lalu dia pun menuju ke arah tauke tersebut. Perbualan pun terjadi antara mereka :-


Tauke : Ya boss! Lu mau beli apa?

Suami : Saya mahu beli ketam 1 kilo.

Tauke : Lu mau ketam yang mana?

Suami : Bukan semua ketam sama ja ka?

Tauke : Ada dua jenis ketam maaa. Dalam itu bakul olang panggil ketam cina. Ini atas meja ketam melayu.


Si suami berasa pelik. Baru pertama kali dia tahu ada ketam bernama ketam cina dan ketam melayu. Lalu dia bertanya kembali kepada tauke cina tadi.


Suami : Tauke! Apa beza itu ketam cina sama ketam melayu?

Tauke : Itu ketam cina dalam bakul. Wa kasi tutup sama dia. Ini ketam melayu pula wa biar atas ini meja.


Si suami mula menggaru kepala tanda tidak faham. Apa bezanya sampai ketam cina di letak di dalam bakul dan ketam melayu di biar atas meja.


Suami : Kenapa ketam cina lu letak dalam bakul tapi ketam melayu lu letak atas meja? Saya tak faham.

Tauke : Ini ketam cina...wa letak dalam bakul sebab nanti dia lari owh. Ini ketam bila dia lari...dia tak lari sorang - sorang. Dia tolong ketam - ketam lain lari sama maaa....

Suami : Habis tu kenapa ketam melayu biar jer atas meja?

Tauke : Ini ketam melayu wa tatak lisau maa. Kalau kawan dia mau lari ini ketam mesti tarik itu kawan dia jatuh bawah balik maa.

Suami : Owh!

Tauke : Lu mau ketam mana boss?

Suami : Kasilah mana - mana pun. 1 kilo tau taukeh!

Tauke : Terima kasih boss!

Suami : Sama - sama!

Sungguh mendalam maksud disebalik cerita ini hehehe. Tapi ape- ape ketam pun, ketam masak kari paling sedap yumm.
 





*Story credit to Hans

No comments:

Post a Comment