Sunday, October 31, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

Kelantan dan penyokongnya pasti berasa puas kerana telah berjaya membalas 'dendam' kekalahan lalu ditangan Negeri Sembilan 3-0 (kalau x silap). Kelantan telah menjaringkan 2 gol pada masa kedua menjadikan keputusan 2-1 sekaligus mengangkat Kelantan menjadi juara. Aku pun tengok game ni pun kerana aku keluar makan abang aku blanje satu keluarga makan kat luar, jd aku pun tgk r kat kedai makan dengan skrin besar huhu. Kalau x tunggu keputusan dari tenet jer. 







Negeri sembilan mendahului permainan pada minit ke-13 melalui sepakan penalti selepas pemain Negeri sembilan dijatuhkan dalam kotak penalti. Separuh masa pertama banyak dikuasai oleh Negeri sembilan walaubagaimanapun gagal menambah jaringan. Manakala di separuh masa kedua, Kelantan agak aggresif menyerang (Perhatian: aggresif bukan bermain kasar tetapi serangan bertali arus) dan mendominasi permainan menyebabkan Negeri sembilan terpaksa 'berkampung' dibahagian pertahanan. Kelantan akhirnya mendapat jaringan pertama melalui Hairudin omar setelah kapten pasukan Negeri sembilan, Aidil zafuan terpaksa dikeluarkan setelah mengalami kecederaan. Dan Kelantan seterusnya ibarat 'menyapu garam di luka' dengan menambah jaringan kedua sekaligus memenangi Piala Malaysia 2010. Pasukan Negeri sembilan bermain agak 'berterabur' setelah kehilangan kaptennya, dan tahniah kepada pemain Kelantan yg menyerang bertali arus kiri dan kanan (dua-dua winger digunakan sepenuhnya). Komen aku, permainan bertahan yg diamalkan Negeri sembilan 'kurang bagus' kerana anda telah membuatkan semua pemain turun untuk bertahan kecuali penyerang yg menunggu bola di bahagian hadapan dan mengharapkan counter attack. Yg kurangnya adalah apabila aku rasa pemain tengah  Negeri sembilan yg baru mendapat bola dan patut membuat larian ke atas dulu telah membuat hantaran jauh ke depan yg aku tengok hanya beberapa kali jer tepat lain semua cam tergesa-gesa tanpa membuat anggaran dulu. Jangan samakan kite dengan taktik bertahan Maurinho, beliau mengguanakan semua pemain dengan sepenuhnya dan pemainnya berada ditempat yg sepatutnya bila melakukan serangan. Akhir sekali tahniah kepada pasukan Kelantan dan penyokongnya yg berkelakuan 'baik skit' (mungkin menang kot, kalo kalah xtau r haha). No heart feeling k, penulis blog melaporkan dr blog ;p

*yg paling penting Liverpool kene menang malam ni huhu

No comments:

Post a Comment