Friday, December 10, 2010

5 Jenis Fesyen Rambut Sepanjang Zaman


Ok semua, memandangkan aku tiada cerita yg 'happening' sepanjang minggu ni selain ahad lepas gi Motorshow dan malam tahun baru (awal muharam) baca doa awal tahun  r pe lagi hehe, aku nak berkongsi skit cerita mengenai fesyen rambut. Ape? Fesyen rambut lelaki r coz aku kan lelaki huhu :)  Aku akan story morry tentang fesyen rambut yg popular sepanjang zaman........ zaman aku r, zaman korang aku xtau. Yang pasti, aku tidak akan sama sekali dalam seumur hidup aku akan membuat rambutku seperti diatas  ;P  Ok, lets roll.......................


1) Sikat Tepi


Gaya rambut nih selalunya digayakan sewaktu zaman kanak - kanak rebina a.k.a tadika. Budak - budak kebanyakannya tidak tahu dan malas menyikat rambut mereka sendiri. Jadi, ibu bapa mengambil jalan mudah dengan hanya menyikat tepi sahaja rambut anak mereka. Nampak sikit kecomelan dan kebudakan budak itu. Hehehehe! Tetapi, masih ada remaja atau lelaki berusia yang masih menggayakan rambut sebegini sewaktu berumur 20-an atau pun 30-an. Namun, adakalanya rambut sebegini juga sesuai dengan mereka mengikut jenis bentuk dan panjang muka. Kadang - kadang ada juga remaja yang digelar nerd @ skema kerana menggayakan rambut sebegini lebih-lebih lagi jika mereka memakai cermin mata dan ulat buku.



2) Botak


Apabila menginjak ke sekolah rendah mahu pun menengah pasti ramai kanak - kanak atau pun pelajar yang merungut. Kata mereka botak itu tidak hensem! Macam orang keluar penjara! Hahaha! Ini kerana berkepala botak tidak sesuai untuk digayakan oleh semua orang namun ramai juga yang kelihatan kacak jika bergaya botak. Kalau botak sewaktu zaman sekolah, kita akan diketawakan dan diberi bermacam - macam gelaran seperti toyol, sami dan sebagainya. Selalunya ketika belajar di sekolah memang kebanyakkan pelajar akan disuruh gunting rambut mereka menjadi botak atau dipaksa membotakkan kepala jika menjadi sasaran cikgu disiplin yang iri hati dengan fesyen rambut kita hahaha. Ibu bapa juga selalunya bersetuju dengan gaya ini kerana ia menjimatkan wang. Jika rambut anak masing - masing dipotong pendek maka ia akan cepat pula tumbuh memanjang. Jadi, kasi botak terus! 2-3 bulan lepas tu baru datang balik ke kedai gunting rambut. Jimat wang! Namun, bagi sesiapa yang tidak sesuai berambut botak pasti akan menjerit atau meraung kerana wajah kekacakan mereka terus musnah apabila rambut mereka dibotakkan. Sangat menyedihkan!



3) Belah Tengah


Apabila pemikiran kanak - kanak itu sedikit matang atau sudah pandai untuk mengurat, mengayat dan bercintan - cintun maka gaya rambut belah tengah ini memang menjadi pilihan di waktu dulu. Kategori budak - budak yang jambu, hensem atau berangan nak jadi hensem memang suka menggayakan gaya rambut sebegini. Walaupun aku juga dari kategori kacak tetapi rambut saya tidak sesuai untuk digayakan sebegini(hahahahahaahaha). Pengaruh daripada penyanyi kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter, dan Tomok dari Newboyz (errr.... ye ke?) adalah sangat kuat kerana daya tarikan mereka terhadap gadis - gadis remaja sekaligus mendorong remaja lelaki untuk menghensemkan diri mereka. (dengan fesyen ini) Gaya sebegini selalunya memerlukan penggunaan minyak rambut yang banyak untuk mengekalkan belahan tengah rambut mereka agar sekata dan kekal setiap masa. Ada juga jenis rambut yang tidak boleh digayakan dengan gaya ini dan jika anda cuba juga untuk menggayakan gayarambut ini takut anda akan diketawakan dan menjadi igauan ngeri sepanjang hidup anda. Jadi, elakkan jika rambut anda tidak sesuai untuk gaya ini. Rambut yang betul - betul lurus sesuai untuk menggayakan fesyen ini.



4) Spike/Pacak


Zaman dimana budak - budak sekolah menengah di perkenalkan dengan wax, gel rambut dan tancho. Memang kalau ditakdirkan cicak jatuh pun boleh mati tertikam dek kerana rambut yang keras dan terlampau tajam. Hohohoho! Perbelanjaan untuk memberi barang - barang rambut ini juga meningkat bagi mereka yang susah untuk menegakkan rambut mereka. Ada yang kelihatan kacak bergaya dan ada juga yang susah untuk kita bezakan sama ada mereka adalah manusia atau landak. Hahahahha! Aku pernah menggunakan minyak rambut Tancho pada zaman sekolah dulu, memang dahsyat hasilnya, rambut menjadi keras kejong sepanjang hari sehinggalah membasuh rambut (kene syampoo ok, kalo x kesan minyak Tancho masih ada). Walaubagaimanapun, terima kasih juga kepada Tancho kerana aku dapat menggayakan fesyen idaman gadis sekolah (populariti meningkat) Hehehehe!



5) Korea Style


Sejak zaman - zaman drama dan lagu daripada Korea mula bertapak di Malaysia nih maka memang ramai lelaki sekarang memilih untuk menggayakan rambut persis pelakon atau penyanyi daripada Korea. Memang berbagai jenis dan gaya yang boleh dicuba. Selalunya gaya ini akan membuatkan seseorang lelaki itu semakin kacak jika mereka kacak dan menjadi kacak jika mereka tidak kacak. Tetapi, ada juga yang menjadi semakin buruk atau lebih tepat boleh dikategorikan sebagai 'Disaster' apabila mereka menggayakan jenis rambut yang tidak sesuai dengan bentuk kepala dan jenis muka. Ada juga berpendapat rambut ini sebenarnya tidak perlu disikat, hanya menggunakan tangan menolaknya sahaja. Perbelanjaan juga agak meningkat bagi sesetengah orang yang mahukan gaya ini jika mereka tidak dilahirkan berambut lurus. Jadi, jika anda mampu tidak salah untuk memilih gaya ini bagi dipadankan dengan rambut anda.


Yang Ini Pula Bagaimana?



Kalau korang komen post aku,"Kategori mana fesyen rambut Dr. Rozmey?", aku  pun xtau nak jawab. Semuanya xde yang kena huhuhu. Selalunya apa - apa fesyen rambut akan menjadi ikutan tetapi adakah orang yang mengikut gaya rambut beliau? Macam tak ada jer jadi ini bukan fesyen rambut yer. Doktor jangan marah yer. Harap doktor tak terasa hati. Peminat Doktor pun aku minta maaf juga yer ;)



Jadi, tidak kiralah apa juga gaya rambut anda tetapi yang pasti rambut asal juga adalah yang terbaik dan jika mahu sesekali menggayakan rambut maka pilihlah gaya yang sesuai dengan bentuk kepala, bentuk wajah dan panjang muka anda. Itu penting untuk menjadikan anda lebih kacak daripada biasa. Jadi, adakah anda pernah mengalami atau mencuba kelina - lima gaya rambut di atas? Sila kongsikan pengalaman anda jika ada. Selamat membaca dan moga anda semua terhibur.
 
*Aku pernah try kelima-lima fesyen ini kecuali Dr Rozmey nyer, xtergamak aku...........
 
Credit to Hans

4 comments:

  1. wow..saya suka kategori botak (tapi bukan botak licin berkilat ye...)
    hahaha~

    ReplyDelete
  2. Bukan nak kutuk, tapi kategori Dr Rozmey ni bleh kata tak seteruk lagi sorang "idol" :Donald Trump. Aku pernah terbaca ada yg kutuk stail rambut Donald ni macam pakai bangkai yg jumpa kat tengah jalan -_-

    ReplyDelete
  3. Aku punya rambut boleh buat macam-macam contoh: No.1, No.4 Dan No.5!!! Yang kelakarnya Dr. Romzey tergelak terbahak2

    ReplyDelete