Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara AFF Suzuki Cup 2010



Da lama x meng'update' blog tetibe update kan......... :)  Mesti r, semalam Malaysia telah menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalah kan Indonesia 4-2 menerusi aggregat. Selain tu, semalam pun besday adik aku huhuhu mintak hadiah memcm, biase r budak 'kecik' :)




Malaysia memang mengharapkan sgt kemenangan bg skuad bola sepak negara, kerana prestasi pasukan Malaysia ni sukar tuk diduga, bila bg harapan kalah, bile x mengharap, menang pula hehehehe. Tp skuad Malaysia 2010 ini memang agak hebat dari sebelum - sebelum ini (selepas zaman Mokhtar Dahari la), dibawah kepimpinan jurulatih K. Rajagobal (tahniah coach hehehe), skuad Malaysia tampil dengan serangan yg bertenaga sepanjang permainan disamping tau bila masa untuk bertahan.

Tahniah kepada Khairul Fahmi, penjaga gol Malaysia, yg menjaga gawang Malaysia dr dibolosi gol :)



Dan Safee Sali, penjaring gol terbanyak kejohanan ini (5 gol)



Pada mulanya aku tidak menjangka pasukan Malaysia akan masuk ke final, kerana prestasi mereka di peringkat kumpulan agak 'suram'. Kekalahan 5-1 di tangan Indonesia di peringkat kumpulan dangan 3 kad merah dilayangkan (pemain Malaysia tidak dpt mengawal emosi kerana permainan berat sebelah) menjadi punyuntik semangat kepada pasukan Malaysia untuk menewaskan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil 3-0 pada 1st leg final dan tewas ditangan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno 2-1 pada 2nd leg final. Walaubagaimanapun Malaysia menang dengan aggregat 4-2 dan sekaligus dinobatkan sebagai Juara Piala Suzuki AFF 2010. Tahniah Pasukan Malaysia! Membuatkan penutup tahun 2010 menjadi lebih bermakna kepada rakyat Malaysia. 




*PM kita pun da bg cuti 31 disember ini huhuhu, thanks :)

No comments:

Post a Comment