Thursday, September 30, 2010

One Piece Setelah '13 Tahun'

One piece merupakan komik yg paling popular di Jepun telah mewarnai dunia manga selama 13 tahun melalui jalan ceritanya yg penuh dengan pengembaraan, humor, suka-duka kehidupan lanun dan 'makhluk yg pelik-pelik'. Komik ini dilukis dan ditulis oleh Eichiro Oda. Di Malaysia ia dikenali sebagai Budak Getah dan kini jilid yg terdapat di Malaysia telah menyamai jilid yg berada dipasaran Jepun iaitu jilid 58. Untuk pengetahuan semua, sehingga hari ini komik One Piece mengandungi 598 episod dan dijangka komik ini akan berlarutan untuk lebih daripada 3-4 tahun yg akan datang. Nanti aku akan menceritakan mengenai sinopsis komik atau manga ini untuk org yg tidak 'familiar' dgn komik ini (jgn asyik Naruto je) hahaha. Untuk episod ke 598 ini, krew lanun Straw Hat Luffy akan bertemu kembali setelah 2 tahun bertapa dan berlatih untuk menguatkan diri demi memasuki 'New World'. Kebanyakkan krew-krew atau 'nakama' Luffy telah mengalami perubahan dr segi pakaian dan rupa (walaupun ada yg xberubah), walaubagaimanapun, kuasa dan skil-skil br mereka belum ditunjukkan lg. Kena tunggu episod ke 599 plak. Di bawah adalah gambar  'cover page' Straw Hat krew yg terbaru.


http://1.bp.blogspot.com/__-o7wjmKvDw/TKHDtEvh63I/AAAAAAAACCY/hbIUDaiXMaU/s1600/2.jpghttp://2.bp.blogspot.com/__-o7wjmKvDw/TKHDtOLK9cI/AAAAAAAACCQ/cIHYJHKXd_A/s1600/3.jpg

Straw Hat krew, dr kiri; Zorro, Chopper, Luffy, Nico Robin, Nami, Franky, Sanji, Usopp dan Brook.


One Piece Vol.01 Ch.001: Romance Dawn at MangaFox.com

Ini adalah 'cover page' untuk episod pertama One Piece, 13 tahun yg lepas. (Pose Luffy dan Nami sama dgn cover page 598)

Wednesday, September 29, 2010

Gambar ini diambil oleh Todd dari Taiwan di laluan Dengshan dalam Kampung Jhongsing. Serangga yg unik dan memiliki bentuk dan warna yg menarik (mcm tompok lembu New Zealand).........


Picture of a cute bug in Taiwan

Okinawa Churaumi Aquarium, Japan

Video 'Laut Kuroshio', iaitu tangki terbesar di dalam akuarium Okinawa Churaumi; dirakam oleh Jon Rawlinson. Memang cantik dan menarik, ingin melihat dengan mata kepala sendiri…





*The Okinawa Churaumi Aquarium in Okinawa, Japan, is the world’s second largest aquarium behind the Georgia Aquarium in Atlanta, USA. It’s one of the very few aquariums in the world that keep whale sharks in cavity.

Cool trailer of Ninja Assassins in LEGO

They imitate original trailer of Ninja Assassins in LEGO. Damn cool............



Hahaha good work.

KARA - 2ME, lagu OST permainan online




Lagu yg berjudul 2ME ini adalah merupakan lagu OST untuk permainan online We Online. Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan KARA, lagu menarik untuk didengar. Layanzzz............................








2me Lyrics by Kara Lyrics from Lyrics

Maskot menari - U go girl

Maskot pada perlawanan besbal menari mengikut tarian K-pop yang popular. Video dr kamera peminat;





Ini adalah video penari asal (Lee hyori) yang membuat persembahan bersama KARA.....

Howard Wong - Drummer dari Malaysia

Howard Wong merupakan budak berumur 3 tahun tetapi 'pandai' bermain drum. Maksud 'pandai' disini ialah bukan sekadar suka-suka mengetuk drum tetapi bermain drum bersama-sama dengan band ayahnya. Video dibawah adalah persembahan 'live' budak ni dengan band ayahnya, jom saksikan;





Amacam? power x? ;)

KARA Japanese version of Mister

Korean pop group Kara have released a Japanese version of their hit song Mister



*The single has made it to the #5 spot on Oricon chart.

KARA 's 1st Japan showcase

Korean pop group KARA made their first official performance in Japan on Feb 7…



Surprised by the number of fans turned up on the show...... KARA so popular in Japan, KARA fighting.

'Demam KARAholic bermula'

Mulai saat ini aku akan cuba berkongsi dalam blog aku mengenai kumpulan lima gadis dari Korea iaitu KARA. Sebenarnya aku telah join club 'Karaholic' aka demam Kara selepas aku mendengar lagu-lagu dan tengok MV kumpulan ini. Antara lagu-lagu yg popular ialah Lupin, Pretty Girl, Honey dan Mister. Kumpulan ini telah memasuki atau membuat 'debut' di negara Jepun pada awal pertengahan tahun ini. Demam Kara ini telah merebak dengan cepatnya dan populariti Kara ini membuatkan album Kara Premium Box for Japan yang dipasarkan pada 28 april 2010 menduduki tangga ke-7 dalam carta harian Oricon pada hari pertama ia dipasarkan. Memang group ini mempunyai aura-nya yg tersendiri. Harap Kara akan popular di Malaysia juga. Bagi yg berminat leh join The first Malaysian Kara fansite - My Sweet Kara. Sekian.....  Here some nice pic;



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTmD6BR3FJQW-r9Qwr_wOOLFa4du9EafjlCuOoWeZat4c9xJhjg_JVIdv4j89IqFX6j58CRknqRHGNoxkzZsq7FwwCNOgZ7acSIDSQt-gmNOX3j-CXQEw05WLmrZBLJDRlTcItFMg11vgr/s400/kara.jpghttp://static.allkpop.com/wp-content/uploads/2010/08/20100830_kara61.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilLImrAPcJqJl7XCMqrNmxtAYlgcd-G7Dapjk8Njol5PTEZ_8RDWpoG9b24ejwzbz3VrJX4jWphoPORJgl_4qAdxcrjt67oU2IpWyyufnv4ny-g0_PdqLPkegVppvvE2BiMasgqPuFE4w/s1600/Kara_Girl_Group.jpghttp://t0.tagstat.com/image06/a/c7c1/806h053uIv1.jpghttp://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs266.ash1/19356_305885528075_733688075_3355518_3233856_n.jpg
Kumpulan pop dari Jepun iaitu AKB48 dengan single Sakura no Shiori (桜の栞) telah menduduki tempat teratas dlm carta jualan Oricon. Lebih 300,000 salinan telah terjual pd minggu pertama ia dipasarkan. Ia merupakan rekod terbaik dalam tempoh 7 tahun untuk artis perempuan Jepun........



Lagu seperti koir ini sesuai pada masa 'Graduation'........lol

Tokyo Heart Commercial - Yui Aragaki

Japanese commercial for Tokyo Metro, one of Tokyo’s major subway operators known for their nice Tokyo Heart commercial series. Enjoy the commercial...

Top 20 Japanese Horror Movie

Compilation by GothTatsumaki@Youtube. Beware…



*Tengok korang leh tido x mlm ni hahahaha

Awek aku dalam iklan jepun ;)

Japanese commercials featuring popular actress Keiko Kitagawa for Kanebo’s SALA haircare products…



Amacam, lawa x awek aku hahaha

 *Pssst, pretty girl rite?

Sunday, September 26, 2010

Linkin Park new album ' A Thousand Sun'.

Get a new Linkin Park album, A Thousand Sun. These album were released on 14 September 2010. The album's first single, "The Catalyst," was released on August 2, 2010. All songs and music will be written by the band. Check it out the list below.
  1. The Requiem
  2. The Radiance
  3. Burning In The Skies
  4. Empty Spaces
  5. When They Come To Me
  6. Robot Boy
  7. Jornada Del Muerto
  8. Waiting For The End
  9. Blackout
  10. Wretches And Kings
  11. Wisdom, Justice And Love
  12. Iridescent
  13. Fallout
  14. The Catalyst
  15. The Messenger
I already heard to all this song and it's good man. The band perform the single live for the first at the 2010 MTV Video Music Awards.

 

PES 2011 trailer vs. Fifa 2011 trailer

Berikut adalah trailer untuk game PES 2011 dan Fifa 2011 yang akan dipasarkan bulan hadapan;




PES 2011




Fifa 2011

Saturday, September 25, 2010

PES 2011 betul-betul 'berevolusi'

Kali akan diceritakan mengenai musuh dunia game EA sport iaitu PES 2011 atau Pro Evolution Soccer 2011 oleh Konami. Konami telah mengevolusikan game ini ke suatu tahap apabila anda melihat trailer-nya anda pasti ingin memiliki game ini. Baiklah, sebenarnya sy tidak minat untuk bermain PES sebelum ini, tetapi setelah melihat trailer dan bermain demo PES 2011 ini, timbul rasa minat untuk memiliki game ini apabila ia dipasarkan pada 8 oktober 2010. Memang merupakan suatu pengalaman yang sangat berbeza kerana ia sama sekali berbeza dengan Fifa 2011. Masing-masing mempunyai pro and con. Ok, sekarang berbalik kepada topik asal, pembaharuan PES 2011 dari segi:

Gameplay:

Sistem 'passing' bola dipertingkatkan, terdapat power meter apabila melakukan hantaran dimana tiada lagi hantaran 'wajib' kepada pemain terdekat seperti dahulu. Anda boleh menghantar bola dengan lebih bebas. Anda juga akan mempunyai kawalan yang lebih terhadap pemain pertahanan anda. Dimana anda boleh mengawal masa pemain pertahanan anda untuk menghalang dan merampas bola pada masa yang anda rasa sesuai. Selain itu, banyak 'trik' dan 'skil' baru ditambah ke dalam PES2011.

Graphic and Presentation:

Animasi para pemain dan bola telah dipertingkatkan dalam PES 2011. Pergerakan para pemain nampak lebih realistik, ekspresi muka juga banyak dipertingkatkan. Sistem menu yang baru nampak lebih cool, canggih dan mesra pengguna.

Game mode:

PES 2011 telah memperolehi  lesen untuk Champions League, Europe League, Copa Lirbertadores dan UEFA Super cup. Online master league membolehkan anda menyusun team anda sendiri dan bersaing di liga semasa di talian. Stadium editor, team editor dan extra section telah banyak dipertingkatkan. Anda boleh memiki bola yang special dan aksesori yang unik untuk dipakaikan kepada pemain anda (cth: memakai topeng labu ketika bermain bola).

Secara keseluruhan, PES 2011 memang sangat berbeza daripada PES 2010, maka kepada peminat-peminat game PES jangan ketinggalan untuk menambah koleksi game anda. Persaingan antara EA sport dgn Konami telah memajukan game yang berunsur bolasepak dimana kita dapat bermain permainan bolasepak yang lebih realistik dan menarik. So, cukup la sampai di sini untuk menceritakan PES 2011. Anda kene cuba sendiri.
*Bagi sy, Fifa 2011 mempunyai gameplay yg lebih baik dan PES 2011 mempunyai menu yg lebih menarik daripada Fifa yg agak boring.








Fifa 2011 lebih realistik

Ok, kepada semua peminat atau gamers yg meminati game ber'genre' sport atau sukan, janganlah ketinggalan untuk memiliki game terbaru dari EA sport iaitu Fifa 2011. Edisi game Fifa 2011 ini adalah merupakan siri ke 18 dalam edisi game bolasepak dari EA sport, dimana siri-siri game ini telah mengisi ruang permainan video sejak dari tahun 1993. Game Fifa ini mempunyai lesen penuh daripada FIFA, sebuah pertubuhan bolasepak dunia, sebagai contoh edisi game ini mempunyai lesen daripada kebanyakkan liga-liga utama ddari seluruh dunia (malang sekali liga Malaysia belum cukup popular di mata dunia)dan kejohanan-kejohanan besar seperti Liga Eropah dan Liga Juara-Juara. Berbalik kepada Fifa 2011 ini, game ini ada pembaharuan dari segi:

Gameplay:
Teknologi terbaru yang diperkenalkan adalah Personality dan 360-degree jostling. Personality merupakan sistem dimana pemain bergerak dan berkelakuan seperti pemain dalam dunia realiti. Sistem 360-degree jostling akan membuatkan pertahanan akan menjadi lebih realistik.

Graphic and presentation:
Tidak banyak pembaharuan, tetapi up-close face detail dalam game ade peningkatan. Ekspresi muka bagi setiap pemain berbeza antara satu sama lain.

Game modes:
Perubahan besar yang ketara adalah pada Manager mode, ia telah ditukar kepada Career mode. Ini merupakan gabungan Manager dan Be a pro, dimana anda akan bermula sebagai pemain sehingga menjadi manager.

*sumber daripada http://en.onsoftware.com/pes-2011-vs-fifa-11/

Secara keseluruhan game FIfa 2011 ini seronok dimain dan bagi peminat siri Fifa jangan ketinggalan untuk memilikinya. Game ini akan berada dipasaran pada 28 setember 2010 dan boleh didapati pada semua pelantar. Bagi semua peminat game ini boleh ambil 'feel' dengan mendownload demo di laman Big download. Dah main dah game ni, memang feel dia punya gameplay, so korang pelagi, try la ;)








Saturday, September 18, 2010

Michael Grimm di peringkat semifinal AGT

Persembahan pertama Jackie Evancho di AGT

Talent show yang 'terbaek' pernah aku tengok part 2




Ok smbg balik huhu. AGT (America's Got Talents) tuk season 5 mmg gempak, ramai yg buat persembahan yg 'wow' bak kata salah seorang juri AGT, Howie mandell. Howie ni juri paling latest yg menggantikan pelakon Baywatch dan Knght Rider (Kereta itam yg bercakap), David Hasselholf, setelah 4 season jadi juri AGT. Final untuk season 5 ini menampilkan 4 peserta yg paling hebat dan menarik, opsss.... terlupa lak, AGT menggunakan sistem undian penonton. Peserta peringkat saringan sahaja akan dipilih oleh juri. Kembali kepada 4 finalis, iaitu Michael Grimm- penyanyi, Prince Poppycock- penyanyi soprano yg fancy, Fighting Gravity- persembahan menggunakan prop (cam rancangan jepun masquerade kat TV3) dan Jackie Evancho- penyanyi soprano10 thn. Favorite aku adalah Jackie Evancho, gadis ni baru berusia 10 thn tapi suara gadis kecik ni mmg meremangkan bulu roma aku, dashyat siot. Aku ingat budak ni leh menang tapi Michael Grimm yg menang siap pecah rekod undian final untuk AGT lg. Bg aku antara keempat-empat peserta final ni, Fighting Gravity paling xlayak. Persembahan group ni kurang menyengat cuma org amerika xpernah tengok aksi cenggini. Kat jepun dorang buat ada yg lagi gempak. Ape-ape pun, tahniah buat Michael Grimm. Info selanjutnya di http://www.nbc.com/americas-got-talent/. 

Talent show yang 'terbaek' aku pernah tengok

Kali ini aku nak citer pasal talent show dari U.S. iaitu America's Got Talent season 5. Naper nak citer pasal benda ni? Amerika punya show plak tu? Hahaha rileks, aku ni kire universal, bukan semua orang tu jahat dan ekstremis. Ok, berbalik kepada talent show ni, da 5 tahun aka 5 season show ini berlangsung. Aku start tengok show ni pun 2 tahun lepas kalau xsilap, ntv 7 ade tayang season 1. Yang aku tertarik sgt pasal show ni coz dorang xstraight pada nyanyian, ye apa-apa bakat pun boleh masuk, semua gender, kaum dan umur pun boleh masuk. Sebenarnya, show ni mengingatkan aku dengan rancangan TV3 dulu, Sinaran Pasport Kegemilangan. Aku mmg suka show yg jenis camni, macam-macam ada. Berbalik kepada AGT ni, season 5 baru je tamat pada 15 september 2010 baru-baru ini, Dan juaranya adalah seorang penyanyi yang bg aku suaranye serak-serak basah, tp sgt sedap didengar dan menyentuh hati pendengar-nya. Dia adalah Michael Grimm. Nanti aku smbg lg k, to be continue.......

Friday, September 17, 2010

Hari Bersejarah Bagi Diriku

Salam perkenalan dan salam 1 Malaysia. Hari ini (17 september 2010, 9.20 malam) merupakan hari yg paling bersejarah kerana telah 'terwujudnya' satu blog iaitu The Journey of Life | Asraf. Blog ini akan menceritakan apa-apa saja yg aku hendak tulis (mmg blog aku pun), cerita mengenai aku, tempat tinggal aku, tempat blaja aku, jiran aku, benda-benda yang hapening, bla bla bla........... Kire sume topik aku nak citer hahaha. Tapi lebih kepada diriku coz ikut tajuk la beb, Life aku yg xseberapa ni. Sebenarnya dah lama aku berniat nak buka blog, tapi xde masa. Harap aku akan selalu dapat update blog aku supaya nampak cam bernyawa sikit (",) Ok ape-ape aku akan sambung nanti, gua nak 'chow' jap. bubey