Saturday, September 25, 2010

Fifa 2011 lebih realistik

Ok, kepada semua peminat atau gamers yg meminati game ber'genre' sport atau sukan, janganlah ketinggalan untuk memiliki game terbaru dari EA sport iaitu Fifa 2011. Edisi game Fifa 2011 ini adalah merupakan siri ke 18 dalam edisi game bolasepak dari EA sport, dimana siri-siri game ini telah mengisi ruang permainan video sejak dari tahun 1993. Game Fifa ini mempunyai lesen penuh daripada FIFA, sebuah pertubuhan bolasepak dunia, sebagai contoh edisi game ini mempunyai lesen daripada kebanyakkan liga-liga utama ddari seluruh dunia (malang sekali liga Malaysia belum cukup popular di mata dunia)dan kejohanan-kejohanan besar seperti Liga Eropah dan Liga Juara-Juara. Berbalik kepada Fifa 2011 ini, game ini ada pembaharuan dari segi:

Gameplay:
Teknologi terbaru yang diperkenalkan adalah Personality dan 360-degree jostling. Personality merupakan sistem dimana pemain bergerak dan berkelakuan seperti pemain dalam dunia realiti. Sistem 360-degree jostling akan membuatkan pertahanan akan menjadi lebih realistik.

Graphic and presentation:
Tidak banyak pembaharuan, tetapi up-close face detail dalam game ade peningkatan. Ekspresi muka bagi setiap pemain berbeza antara satu sama lain.

Game modes:
Perubahan besar yang ketara adalah pada Manager mode, ia telah ditukar kepada Career mode. Ini merupakan gabungan Manager dan Be a pro, dimana anda akan bermula sebagai pemain sehingga menjadi manager.

*sumber daripada http://en.onsoftware.com/pes-2011-vs-fifa-11/

Secara keseluruhan game FIfa 2011 ini seronok dimain dan bagi peminat siri Fifa jangan ketinggalan untuk memilikinya. Game ini akan berada dipasaran pada 28 setember 2010 dan boleh didapati pada semua pelantar. Bagi semua peminat game ini boleh ambil 'feel' dengan mendownload demo di laman Big download. Dah main dah game ni, memang feel dia punya gameplay, so korang pelagi, try la ;)








No comments:

Post a Comment