Thursday, September 30, 2010

One Piece Setelah '13 Tahun'

One piece merupakan komik yg paling popular di Jepun telah mewarnai dunia manga selama 13 tahun melalui jalan ceritanya yg penuh dengan pengembaraan, humor, suka-duka kehidupan lanun dan 'makhluk yg pelik-pelik'. Komik ini dilukis dan ditulis oleh Eichiro Oda. Di Malaysia ia dikenali sebagai Budak Getah dan kini jilid yg terdapat di Malaysia telah menyamai jilid yg berada dipasaran Jepun iaitu jilid 58. Untuk pengetahuan semua, sehingga hari ini komik One Piece mengandungi 598 episod dan dijangka komik ini akan berlarutan untuk lebih daripada 3-4 tahun yg akan datang. Nanti aku akan menceritakan mengenai sinopsis komik atau manga ini untuk org yg tidak 'familiar' dgn komik ini (jgn asyik Naruto je) hahaha. Untuk episod ke 598 ini, krew lanun Straw Hat Luffy akan bertemu kembali setelah 2 tahun bertapa dan berlatih untuk menguatkan diri demi memasuki 'New World'. Kebanyakkan krew-krew atau 'nakama' Luffy telah mengalami perubahan dr segi pakaian dan rupa (walaupun ada yg xberubah), walaubagaimanapun, kuasa dan skil-skil br mereka belum ditunjukkan lg. Kena tunggu episod ke 599 plak. Di bawah adalah gambar  'cover page' Straw Hat krew yg terbaru.


http://1.bp.blogspot.com/__-o7wjmKvDw/TKHDtEvh63I/AAAAAAAACCY/hbIUDaiXMaU/s1600/2.jpghttp://2.bp.blogspot.com/__-o7wjmKvDw/TKHDtOLK9cI/AAAAAAAACCQ/cIHYJHKXd_A/s1600/3.jpg

Straw Hat krew, dr kiri; Zorro, Chopper, Luffy, Nico Robin, Nami, Franky, Sanji, Usopp dan Brook.


One Piece Vol.01 Ch.001: Romance Dawn at MangaFox.com

Ini adalah 'cover page' untuk episod pertama One Piece, 13 tahun yg lepas. (Pose Luffy dan Nami sama dgn cover page 598)

No comments:

Post a Comment