Saturday, September 25, 2010

PES 2011 betul-betul 'berevolusi'

Kali akan diceritakan mengenai musuh dunia game EA sport iaitu PES 2011 atau Pro Evolution Soccer 2011 oleh Konami. Konami telah mengevolusikan game ini ke suatu tahap apabila anda melihat trailer-nya anda pasti ingin memiliki game ini. Baiklah, sebenarnya sy tidak minat untuk bermain PES sebelum ini, tetapi setelah melihat trailer dan bermain demo PES 2011 ini, timbul rasa minat untuk memiliki game ini apabila ia dipasarkan pada 8 oktober 2010. Memang merupakan suatu pengalaman yang sangat berbeza kerana ia sama sekali berbeza dengan Fifa 2011. Masing-masing mempunyai pro and con. Ok, sekarang berbalik kepada topik asal, pembaharuan PES 2011 dari segi:

Gameplay:

Sistem 'passing' bola dipertingkatkan, terdapat power meter apabila melakukan hantaran dimana tiada lagi hantaran 'wajib' kepada pemain terdekat seperti dahulu. Anda boleh menghantar bola dengan lebih bebas. Anda juga akan mempunyai kawalan yang lebih terhadap pemain pertahanan anda. Dimana anda boleh mengawal masa pemain pertahanan anda untuk menghalang dan merampas bola pada masa yang anda rasa sesuai. Selain itu, banyak 'trik' dan 'skil' baru ditambah ke dalam PES2011.

Graphic and Presentation:

Animasi para pemain dan bola telah dipertingkatkan dalam PES 2011. Pergerakan para pemain nampak lebih realistik, ekspresi muka juga banyak dipertingkatkan. Sistem menu yang baru nampak lebih cool, canggih dan mesra pengguna.

Game mode:

PES 2011 telah memperolehi  lesen untuk Champions League, Europe League, Copa Lirbertadores dan UEFA Super cup. Online master league membolehkan anda menyusun team anda sendiri dan bersaing di liga semasa di talian. Stadium editor, team editor dan extra section telah banyak dipertingkatkan. Anda boleh memiki bola yang special dan aksesori yang unik untuk dipakaikan kepada pemain anda (cth: memakai topeng labu ketika bermain bola).

Secara keseluruhan, PES 2011 memang sangat berbeza daripada PES 2010, maka kepada peminat-peminat game PES jangan ketinggalan untuk menambah koleksi game anda. Persaingan antara EA sport dgn Konami telah memajukan game yang berunsur bolasepak dimana kita dapat bermain permainan bolasepak yang lebih realistik dan menarik. So, cukup la sampai di sini untuk menceritakan PES 2011. Anda kene cuba sendiri.
*Bagi sy, Fifa 2011 mempunyai gameplay yg lebih baik dan PES 2011 mempunyai menu yg lebih menarik daripada Fifa yg agak boring.








No comments:

Post a Comment