Monday, November 15, 2010

Wali Ku Wali Songo?


Cerita ini berlaku pada pg td bila aku sedang wat kerja, kemudian datang r membe aku bawak surat kabo Metro dan Kosmo. Member aku ni mmg rajin beli paper ni, aku rajin gak, rajin bace je huhu. kalo skit rajin pun aku bc online jer, kalo malas xbc langsung. Sebenarnya bukan benda ni aku nak citer tapi mengenai tajuk utama harian metro kalo x silap. Aku bile abis je keje, aku pun sambo je paper member (epul) aku tu. Aku pun bc r cerita utama yg agak sedikit mencuri tumpuan aku. Pastu abis bc, aku pun berkata " ape nyer sengal budak melayu ni, cam mane blajo agama? Kalo nak kawin sgt pun gi kursus kawin dulu............. ni main skip2 tu yg jd camni" Nak sonang jo". Hah kan aku dah meleter cam pakcik-pakcik huhu. 

 
Apa yg berlaku sebenarnya ialah, berita kat surat kabo tu menceritakan mengenai hasil tangkapan yg dibuat terhadap pasangan pengantin yg bernikah tetapi berwalikan 'wali songo'. Kalo 'wali songo' tu org xpe lagi, ni gambo lukisan jer (jd wali pengantin perempuan). Dipercayai lelaki yg bernama ustaz Hashim menjadi 'juru nikah' dan org ini adalah dalang dalam kes penikahan pelik ini. Mane xpelik, wali bukan manusia tp gambo xbernyawa (sengal giler). Tu yg aku suh gi kursus kawin. Ustaz ni menyasarkan golongan yg ingin berkawin sorok2 (poligami) & pasangan muda yg xpikir bende lain kecuali diri sendiri. Dulu kes kawin kat Thailand, skang guna wali gambo, 2-2 aku xsokong, pentingkan diri betul, nak sorok2 pejadahnya. Bukan perkahwinan itu ibarat membina masjid ke, dan ia merupakan suatu yg indah dan menggembirakan juga harus diwarwarkan kepada orang lain. Yg kene tangkap pasangan melayu muda yg ingin berkahwin secara 'senang ', Ustaz tu plak dapat melarikan diri.......hampeh. Camne r ustaz tu goreng bebudak tu. Aku nak tengok r camne die nikahkan orang guna gambo jd wali. Agak nyer camni r dialog dorang kot.....

Setelah menikahkan si lelaki dan si perempuan.....Ustaz Hashim bertanya kepada wali perempuan:

Ustaz:   "Camne, sah?"
Wali 1:  " !!!!!!"
Ustaz:   "wali kat blakang, sah ke tidak"
Wali 2:  "????"
Ustaz:   "last call, sah?
Wali 3:  "............."
Ustaz:   " Kalau mcm tu sah lah ye"
Wali 1,2&3: "................"  (senyap sunyi)

Seterusnya Ustaz membaca doa (tah bace ke tidak)................

*Moral of the story, kalo xbuat kesalahan ape nak sorok kan...... lagi 1 Tuhan beri kite akal bukan untuk mengubah agamaNya untuk kepentingan diri kerana agama Islam telah sempurna.

-Hah, camni br betul....... huhu

2 comments: