Thursday, November 18, 2010

Melayu Tak Malu, Comolot Tepi Jalan..........




Sedih aku tgk bebudak Melayu zaman skang........... tiada batasan pergaulan, kebebasan keluar malam, menaiki kenderaan.............yg mak bapak pun ade yg menggalakkan anak2, takut dikata kolot kononnya dan ketinggalan jika dibandingkan dengan jiran dan rakan2. Ape nak jd ni? Ape kejadahnya bak kate Wan Kamaruddin. Kebebasan ada batasannya, pendidikan bermula dari umah, kalo ade anak perempuan keluar malam akan mengundang umpatan.....sebab itu mak bapak harus mengambil tahu perihal anaknya...ingat remaja perempuan yg xpikir panjang akan 'tewas' di tangan laki 'idung belang' dan 'idung bintik2'. Jikalau mengandung pun perempuan jer.... Ade gak mak bapak diugut untuk lari dr umah kalo 'menyibuk' tentang si gadis, pastu bile perut 'berisi' pulang pula ke rumah mak bapak kerana si lelaki x mengaku. Perempuan paling 'disadvantage' dalam hubungan 'monyet', 'beruk', 'kera' ni. Lelaki banyak yg spesis 'touch n go' ............... bak kate Nabil 'lu pikir la sendiri' hahaha. 
Ape2 pun nasihat aku lebih kepada mak bapak, kerana skang ramai mak bapak jenis 'biarlah'..... aku ade dengar dr seorang ilmuan yg menyalahkan tekanan ekonomi, tekanan pemerintah, rakyat disekat 'kesenangan' dan penubuhan sekolah remaja mengandung, bagi aku mungkin ade betul tapi lebih kepada berat sebelah r pendapat tu. Kenape? Senang je..... kalo ko bz mencari duit pun ade mase gak jumpa anak2 bile pulang kerumah. Kenapa ade org sanggup menukar kerja semata2 untuk menjaga anak? Kite sanggup? Sebenarnya semua ini kerana sebab peribadi.... kita lebih banyak menuding jari, tanpa kita sedari 3 jari lagi menghala ke arah diri. Kes penubahan sekolah sedemikian pula, jgn pandang dr sudut negatif jer, bagila yg positif atau cadangan yg membantu. Jgn r skit2 'bangkang' tanpa usul periksa. Berapa banyak sekolah normal yg akan menerima mereka?  Berapa ramai keluarga yg membuang atau menyisihkan anak perempuan yg hamil? ade yg menghalau mereka keluar lg. Da r dulu sebelum terjadi x amik berat, pas terjadi trus halau umah.....jgn lupa si bapak, anak perempuan itu tanggungan anda sehingga mereka berkahwin (secara sah), kalo tak semua dosa bapak yg tanggung beb..... ingat senang ke jd bapak. Kerana tiada siapa yg mengambil berat kes buang bayi pula akan meningkat, alasan xmampu nak bela. Aku berharap sekolah tu ade mengajar agama, tanggung jawab sebagai manusia dan kemahiran2 untuk bekerja. Kerajaan da bertindak, kite pun kene bertindak gak......... jgn lupe itu darah daging kita sendiri.

*Sory kalo pendapat aku bertentangan ngan korang dan juga terlebih emo sudaaa haha

No comments:

Post a Comment