Wednesday, April 27, 2011

Filem MANTERA 2011 Filem Tempatan Bertaraf Dunia



MANTERA atau Man Transformable Exo- Robotic Armor, adalah filem sci-fi tempatan yg terbaru yg dijangka akan menemui peminat tidak lama lagi. Biasa nya apabila kite mendengar perkataan teknologi nano, rancangan jahat untuk menakluki dunia, motor yg bertukar jd robot kite akan menjangkakan filem yg berasal dr Hollywood atau anime Jepun. Walaubagaimanapun filem yg mempunyai aksi seperti filem Rocky, Karate Kid, Ironman dan Transformers  ini adalah dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri (Flare Studio sdn bhd). Bangga aku kerana selain syarikat KRU, terdapat lagi syarikat tempatan yg mahu keluar drp kepompong tema filem-filem Malaysia ^^




Snopsis: MANTERA @ Man Transformable Exo-Robotic Armor adalah sebuah sistem senjata peperangan yg dicipta oleh Dr. Natasya Irina Pushkin, saintis genius yg berkhidmat di Western Tech Corporation. Apabila beliau mendapati rekaannya ini ingin diguna oleh lelaki yg berniat untuk mengancam keselamatan dunia, beliau bercadang untuk memusnahkannya. Beliau berjaya memusnahkan sistem dan memadamkan maklumat kajiannya walaubagaimanapun MANTERA ini secara tidak sengaja telah dihantar ke bahagian dunia lain (Malaysia r mane g) dan jatuh ke tangan seorang remaja. Remaja yg juga hero tidak tahu bahawa sarung tangan yg dijumpai nya itu mempunyai teknologi nano yg mampu menukarkan motosikal menjadi perisai badan (cam citer Ironman). Maka bermula cerita yg penuh dengan aksi mendebarkan ini.


Berikut adalah video prelude, dan trailer filem MANTERA...... layan


Trailer prelude: 





Trailer: Kebangkitan (Malay)




Trailer: The Rising (English)




Filem ini dibintangai oleh Tomok (hero), Kamaliya (heroin) yg merupakan penyanyi dan pelakon dari Ukraine yang juga bekas Ratu Cantik Russia 2008, Faezah Elai dan pelakon popular dari Timur Tengah dan Russia. Lagu tema cerita ini digubah oleh kumpulan muzik popular tempatan, Pop Shuvit.


*Serius cambest citer ni........ xsabar aku menanti nyer. Syabas Malaysia


..

2 comments:

  1. layarilah www.freemalaysiakini.com

    ReplyDelete
  2. The Star Gold Coast - MapyRO
    The Star Gold Coast provides 용인 출장마사지 a casino, 영천 출장샵 accommodation, event 천안 출장안마 centre, and shopping centres. The Star Gold Coast provides a 군산 출장안마 casino, 경상남도 출장안마 accommodation, event centre

    ReplyDelete