Thursday, March 24, 2011

Baru Tiga Tahun Tapi Berat 59.87kg



Seorang kanak-kanak, bernama Lu Hao yang berusia tiga tahun memiliki berat badan 59.87 kilogram (kg), lima kali lebih berat daripada kanak-kanak seusia dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Hao yang dilahirkan normal dengan berat badan hanya 2.6kg (aku g berat).

Bagaimanapun, dia membesar dari semasa ke semasa sehingga mencecah usia tiga bulan sehingga tubuhnya gemuk dan setinggi 107 sentimeter (ape yg berlaku semase umur aku 3 thn?).

Selera makan kanak-kanak yang berasal dari wilayah Guangdong itu cukup tinggi apabila dia boleh menghabiskan tiga mangkuk nasi semasa waktu makan (leh lawan aku huhu).

Menurut bapanya, Lu Yuncheng, tabiat pemakanan Hao lebih besar berbanding dia dan isterinya.

Keluarga Hao dilaporkan cuba untuk memantau amalan diet anaknya sejak dia berusia setahun.

Jelas ibu Hao, Chen Yuan, dia dan suami sebaliknya terpaksa akur dengan kehendak anaknya yang akan menangis tanpa henti jika tidak diberi makanan.

Keluarganya juga memasang jaring bola keranjang di halaman rumah dan membawa Hao melakukan aktiviti renang di sebuah sungai berhampiran bagi menggalakkan Hao melakukan aktiviti sukan supaya badannya kurus.

Namun, latihan yang dilakukan oleh Hao hanya membuatkan dia menjadi lebih lapar selain berat badan kanak-kanak itu terus meningkat.

Yuncheng telah membawa Hao ke hospital sebanyak tiga kali.

Seorang doktor menyatakan anaknya itu mengalami tumor di kepala manakala dua doktor lain menyatakan dia tidak mempunyai tumor.

Doktor juga mendakwa hormon kanak-kanak itu normal. Cuma, mereka tidak tahu punca Hao menjadi gemuk.

"Harapan terbesar kami adalah untuk melihat Hao kurus suatu hari nanti," jelas ibunya. 


Credit to Jiwang.


*Ape komen korang?


..

No comments:

Post a Comment