Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul



Dikala org bukan Islam menyambut hari Valentine semalam, umat Islam hari ini menyambut ketibaan hari yg amat bermakna iaitu hari kelahiran atau keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Kita sebagai umat Islam adalah digalakkan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi kesayangan kita yg juga merupakan 'kekasih' kita. Kita perlu mengingati dan mempelajari pengorbanan dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w daripada hari kelahiran Baginda, Baginda dilantik menjadi rasul atau Nabi terakhir, perjuangan Baginda dalam menegakkan Islam dan sehinggalah kesaat-saat terakhir Baginda sebelum wafat........ Bagi sesiapa yg ingin mengetahui dan mempelajari kisah hidup Nabi Muhammad s.aw boleh r cari sendiri, banyak sumber2 yg boleh dipercayai dan cari daripada org yg mempelajari tentang Islam, bukan daripada org yg tidak tau pasal Islam tetapi bercakap mengenainya  :)  Islam itu bermaksud 'aman' @ 'damai' dimana kita sebagai umat Islam diseru untuk melakukan keamanan di muka bumi ini dan ditegah daripada melakukan kerosakkan dan kemusnahan di muka bumi. Sebagai penutup ingatlah 'Tiada Tuhan yg disembah selain Allah, dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.' .... Peace no war!  :)



*mari kita mencontohi keperibadian dan akhlak Baginda, semoga kita berada dikalangan org yg beriman  :)


..

No comments:

Post a Comment