Dah menjadi trend sekarang ini ramai perempuan mahu mencari jodoh di kalangan orang kaya. Maklumlah nak hidup senang la katakan.
Sebenarnya taklah susah sangat nak cari jodoh di kalangan orang kaya. Di sini saya nak kongsi beberapa tips mudah untuk mendapat suami di kalangan orang kaya :-
1.Berbelanja di mana mereka berbelanja
- Cubalah kunjungi tempat-tempat yang menjadi tujuan lelaki kaya ini seperti Pavillion dan di butik-butik. Tidak semestinya anda berbelanja, cukup dengan amati barang-barang yang ada ditempat itu. Selain itu ambil peluang untuk mengamati adakah lelaki kaya berbelanja di tempat itu. Informasi yang anda dapat boleh di jadikan bahan untuk berbual dengan lelaki tersebut.
2. Cuba hobi baru
- Cuba anda jalani hobi-hobi lelaki kaya, seperti golf, tenis dan berlayar. Anda tidak usah bingung menjalani hobi baru seperti golf, yang mungkin asing bagi anda, kerana banyak lelaki kaya yang mahu mengajar anda. Jangan lupa tepuk tangan jika dia mencetak Score.
3. Hadir ke seminar dan jadi sukarelawan
- Menghadiri seminar adalah salah satu cara untuk mendekati lelaki kaya kerana biasanya yang mengikuti seminar adalah lelaki-lelaki kaya. Seandainya anda mengikuti seminar tentang kesihatan pasti ada doktor disitu. Di sinilah anda perlu menggunakan skills mengoda untuk memikat mereka.
4. Kunjungi lounge dan hotel bertaraf bintang
- Lounge dan hotel sering menjadi lokasi para businessman sedang melakukan perjalanan bisnes. Ajak teman anda dan duduklah di bar sambil cuba menarik perhatian businessman yang datang ke bar itu. Kalau melihat lelaki kaya, jangan agresif, biarkan lelaki itu yang mendekati anda.
5. Berkawanlah dengan orang yang rapat dengan lelaki kaya
- Cara ini boleh di anggap cara yang paling baik, kerana dengan mempunyai teman yang mengenal lelaki-lelaki kaya maka anda boleh menggunakan rakan anda untuk lebih rapat dengan lelaki kaya.
Anda boleh cuba kesemua tips di atas jika anda mahu, terpulang kepada anda kerana anda yg memilih hidup anda :) Akhir kata dari saya, dah kaya nanti jgn lupa saya hahahahaha.................
*Kesemua gamba di atas adalah hiasan semata-mata :)
Credit to Jiwang
No comments:
Post a Comment